Monday 23 January 2012

Wajah Memancarkan Cahaya....

:) :) :) Suatu dinihari, Saiditina Aisyah r.ha menjahit pakaian. Dengan tidak semena-mena, deru angin di luar rumah memadamkan api pelita. Barangkali sedikit terkejut , terlepas jarum di tangan. Baru berkira-kira mahu meraba -raba di dalam gelap bagi mendapatkan semula jarum yang jatuh, ada cahaya melimpah masuk ke ruang kamar..

Aishah tercegat sejurus "Subhanallah" bukan cahaya jamung atau unggun yang dihidupkan di luar rumah, tetapi cahaya daripada seraut wajah. Dengan cahaya itu, Aisyah menemukan semula jarumnya yang terjatuh.

Dalam kekaguman, Ummul Mukminin Aisyah r.ha bertanya "" Siapakah yang tidak akan dapat melihat tuan pada hari kiamat, wahai Rasulullah?"" "" Orang yang Bakhil"" jelas Rasulullah صلى الله عليه وسلم ''Siapakah orang yang bakhil itu?" tanya Saiditina Aisyah lagi..."" Iaitu orang yang apabila namaku disebut di hadapannya dia tidak mengucapkan selawat ke atasku,"" jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم :) :) :)

:) Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat menyukai orang yang gemar mengucapkan selawat untuk Baginda. Sukanya Rasulullahصلى الله عليه وسلم menerima ucapan selawat daripada umatnya adalah kerana kebaikan selawat itu kembali diterima oleh orang yang berselawat. Begitulah cara Baginda صلى الله عليه وسلم menunjukkan kasih sayang kepada umatnya...

:) Rasulullah صلى الله عليه وسلم membuat tawaran- "" Siapa berselawat atasku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali selawat, menghapuskan daripadanya 10 keburukan dan mengangkatnya sebanyak 10 darjat..""( Riwayat an-Nasai dan Ahmad daripada Anas bin Malik)....

:) Bagindaصلى الله عليه وسلم juga menganjurkan; "' Perbanyakkkanlah selawat kepadaku pada hari jumaat kerana selawat daripada umatku diperlihatkan pada setiap hari jumaat. Siapa yang lebih banyak selawatnya kepadaku maka ia lebih dekat kedudukannya daripadaku"" ( Riwayat al-Baihaqi daripada Abu Umamah r.a) :) :) :)

1 comment:

  1. terbaik,,semoga beroleh syafaat dr nabi s.a.w d akhirat,insyaallah,,

    ReplyDelete