Thursday 10 January 2013



Assalamulaikum wbt….
Disini inginku mencoretkan alkisah perjalananku ke Ardu Kinanah, Mesir..^_^

Tarikh 29/09/2012, merupakan tarikh yang paling indah yang terukir dalam diari kehidupanku, iaitu bermulanya permusafiranku ke bumi Mesir, bumi Barakah. Jam 3 petang, bermula perjalananku menuju ke lapangan terbang KLIA, semasa dalam perjalanan, fikiran ni  melayang jauh, dulu masa kecil-kecil  pernah terbayang satu hari nanti  nak bermusafir jauh untuk menuntut ilmu..insyaAllah ( sambil tengok kapal terbang), Alhamdulillah sekarang ianya bukan angan-angan malah benar-benar berlaku…hehe..sepanjang dalam perjalanan  lidah ini sentiasa mengalunkan zikir dan  doa buat diriku , orang tersayang dan yang paling utama  semoga perjalanan ini dipermudahkan dan diberkatinya serta selamat tiba ke destinasi yang dituju. Jam 7 petang, tiba di lapangan terbang KLIA, lepas angkat bagasi terus menuju  ke kaunter tiket, tiba  di tempat  yang hendak dituju, tergamam sekejap..wah ramainya pelajar yang nak ke mesir, rasa meriah pula…hehe…masa tue hanya 6 orang pelajar  perempuan n selebihnya semua lelaki, sebab pelajar perempuan yang lain semuanya dah bertolak pada sesi pertama. Mata ini meliar mencari kelibat pelajar perempuan, akhirnya jumpa juga,.sempat berbual  dengan mereka, Cuma yang mushkilnya  tak faham loghat Kelantan ni, puaslah mereka  nak explainkan kepada ana dan  puaslah ana nak memahami bicara mereka..hehe. Dipendekkan cerita, tiba lah waktu untuk ke balai perlepasan, masa ini lah yang paling sedih, maklumlah nak berpisah dengan keluarga, episode yang paling terharu masa itu, ayahku yang tercinta mengalir airmatanya, hehe…rasa geli hati pun ada, yang peliknya ana tak menangis pun, pelik pula..mungkin dah puas menangis kot sebelum ke Mesir, yela macam2 halangan yang perlu dihadapi sebelum bermusafir ke mesir… walaupun pada zahirnya tak menangis tetapi  hakikatnya hati ini rasa hiba hendak  meninggalkan keluarga, kaki ini berat untuk melangkah..tetapi kupujuk jua  hati ini untuk terus tabah dan kuat, ku teruskan  langkahku meninggalkan keluargaku demi berjihad di jalan Allah, sebelum itu adik ana  sempat memberi sepucuk surat buat ana,dia cakap baca bila sampai Mesir nanti..bila masa pula lah adikku ni jiwang sangat ni..pelik2… Jam 10 malam, perlepasan penerbangan ke Eygpt, rasa teruja bila  naik flight Eygpt air, masa dalam  kapal terbang timbul masalah  dengan tempat duduk, masalahnya  pelajar2 perempuan ada yang seat mereka sebelah pelajar lelaki,ada yang tengah2 lelaki..alhamdulillah selepas berbincang dengan pramugara, akhirnya dia bersetuju dengan cadangan kami..nak tergelak pun ada..hehe... Penerbangan ini akan transit sebentar di Bangkok Thailand, tergamam sekejap bila tengok   pemandangan   Bandar Bangkok pada waktu malam dari atas, cantik sangat..sempat lagi ambil gambar..huhu. Perjalanan diteruskan ke destinasi yang dituju, yang paling tak suka lah kena duduk lama-lama dalam kapal terbang tue, rasa penat sangat2..last2 ana dan kawan ana bersepakat  landing atas lantai kapal terbang tue, bukan sesiapa Nampak pun, masa tue lampu ditutup..hehe…sambil duduk, ana berbual kosong dengan sahabat ana…( sambung)

Sunday 15 July 2012

Istiqomah Ciri Penting Remaja Muslim Berwawasan.

Istiqomah adalah sifat mulia yang diberikan darjat tinggi dalam islam. Sebagai remaja kita tahu bahawa alam remaja penuh dengan 1001 pesona yang menggoda dan onak duri yang memakan diri bila sekali terlalai. Oleh itu, dengan adanya istiqomah, kita mampu untuk menempis segala dugaan yang menguji keimanan supaya tetap berada di manhaj(kaedah) yang lurus menuju ke kehidupan yang diredhai Allah dan menemui kemanisan iman dan cinta dalam beribadat kepadaNYA....

Istiqomah ciri penting dalam membina jati diri remaja muslim yang berwawasan. Remaja berwawasan adalah remaja yang mempunyai hala tuju kehidupan . Bagi remaja muslim wawasan hiduplah bukanlah terhad kepada duniawi sahaja tetapi untuk alam akhirat. Disitulah kehidupan yang sebenar dan yang kekal abadi, sementelahan dunia adalah diibaratkan  ladang untuk kita menanam sebanyak-banyak benih amal supaya hasilnya dapat dikutip sebagai bekalan bertemu dengaNYA, Allah Rabbul Izzati, InsyaAllah...

Dari Abu Amr, ada juga yang mengatakan Abu Amrah suffyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata saya berkata " Wahai Rasulullah SAW, katakanlah kepada saya tentang islam sebuah perkataan yang saya tidak tanyakan kepada seseorangpun selainmu. Baginda bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah( istiqomah). ( Riwayat Muslim).


MEMUPUK SIFAT ISTIQOMAH:)

Istiqomah senang dilafazkan, tapi susah untuk dipraktikan atau dilaksanakan. Oleh itu, ada beberapa langkah yang boleh membantu kita untuk istiqomah, dipetik dari Syarah Hadith istiqomah oleh Syaikh Prof. Dr. Abdul Rozzaq Al-Badr:

1)  Doa. Doa adalah kunci segala kebaikan adalah senjata untuk memohon kepada Allah agar sentiasa beristiqomah dengan akidah yang benar hingga akhir hayat dunia. Firman Allah Taala dalam surah Al-Imran, ayat 8 yang bermaksud ; Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah Rahmat daripada sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.

2) Mujahadah. Iaitu berjuanglah bersungguh-sungguh untuk mengamalkan perintah Allah Taala dan menjauhilah segala laranganNYA. Remaja harus tabah dan istiqomah dalam mengharungi pelbagai ancaman ideologi yang cuba memesongkan  akidah dan amalan mengikut syariah.

3) Solat. Menurut Syaikh Abdul Rozzaq solat adalah wasilah atau jalan supaya tetap teguh( thabat) di atas jalan Allah. Ini kerana setiap kali solat, kita akam membaca Al-Fatihah sebagai salah satu rukun solat. Dalam bacaan Al- Fatihah, kita sebenarnya sedang berdoa untuk sentiasa istiqomah dijalan-Nya yang lurus.

4) Al- Quran.  Al-Quran haruslah dijadikan wirid harian sebagai pengubat jiwa dan rohani yang ketandusan . Ia bukanlah sekadar membaca tetapi perlu diiringi dengan kefahaman terhadap intipati yang hendak disampaikan ( Tadabbur) melalaui orang-orang soleh dan buku-buku agama yang benar.

5)  Menjauhi segala sumber fitnah iaitu tempat tersebarnya segala syawat seperti pusat hiburan, pusat judi dan sebagainya.

6) Akhir sekali, mengingati hari akhirat sebagai motivasi untuk remaja tetap istiqomah. Tiada yang lebih indah bagi seseorang muslim apabila akhir hidupnya dikurniakan Husnul Khatimah dan berbahagia di alam abadi. Gunalah usia muda ini, dengan kekuatan kurnian Tuhan  dari aspek intelek, idealisme, tenaga dan jiwa untuk membuat sebanyak-banyak amal kebajikan untuk hari kemudian...

Kesimpulannya, remaja berwasan adalah remaja yang tetap istiqomah dengan keimanan kepada Allah SWT. Sifat istiqomah ini perlu dibajai dengan doa, usaha, ikhtiar dan tawakal ( D.U.I.T).. semoga kita menjadi remaja mukmin yang sentiasa berwawasan selari dengan ajaran islam Insya Allah amin . Waallau'alam ...^_^....( keep smile ikwan wa akwat)







Sunday 1 July 2012

6 tanda takwa @ takut kepada Allah

  1. Seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat atau sebagainya.
  2. Seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu.
  3. Memelihara mata daripada melihat perkara yang mengharamkan yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu jangan melihat perkara yang haram untuk mendidik hati.
  4. Menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada dalam tubuh.
  5. Menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram. Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah.
  6. Ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik..^_^

Sunday 24 June 2012

Khutubah Rasulullah menyambut Ramadhan..^_^
  • Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik daripada seluruh bulan . Kerna pada bulan ini setiap perbuatan diberi ganjaran, doa dimakbulkan dan amalan diterima.
  • Berpuasa mengingatkan kita kepada kelaparan dan kehausan ketika di akhirat nanti.
  • Bersedekah kepada orang fakir miskin.
  •  Memuliakan kedua ibu bapa.
  • Menyayangi golongan muda.
  • Menyambungkan tali persaudaraan.
  • Pelihara lidah daripada percakapan tidak berfaedah dan berdosa.
  • Kawal pandangan daripada perkara yang diharamkan kamu memandangnya. Kerana pandangan itu mengurangkan pahala berpuasa  dan mengundang dosa.
  • Jaga pendengaran daripada mendengar perkara yang tidak halal kepada kami.
  • Kasihanilah anak-anak yatim, orang lain juga akan mengasihani anak-anak kamu selepas kamu meninggal dunia.
  • Berdoalah kepada Allah pada bulan ini kerana ia adalah waktu utama ketika Allah memandang hamba-hambaNYA dengan penuh kasih sayang.
  • Berdoa ketika solat, kerana ketika itu adalah masa doa paling mudah diterima Allah.
  • Perbuatan salah yang dilakukan menyebabkan diri tergadai, bebaskan ia dengan istighfar.
  • Ringan beban dosa dengan memanjangkan sujud.
  • Siapa menjamu orang berpuasa pada bulan Ramadhan, disisi Allah ia seperti memerdekakan seorang hamba dan dia diampuni segala dosa-dosanya yang lalu.
  • Siapa berakhlak murni pada bulan ini, dia akan melalui titian sirat dengan mudah.
  • Siapa yang memudahkan urusan orang bawahannya, Allah memudahkan hisabnya di hari akhirat.
  • Siapa yang memuliakan anak-anak yatim pada bulan ini, Allah memuliakannya pada hari pertemuan dengan Tuhannya.
  • Siapa yang menghubungkan tali persaudaraan pada bulan ini, Allah menyambungkan tali RahmatNYA pada hari pertemuan denganNYA.
  • Siapa memutuskan tali persaudaraan pada bulan ini, Dia akan memutuskan RahmatNYA pada hari pertemuanNYA.
  • Siapa mengerjakan solat sunat pada bulan ini, dia akan dibebaskan dari api neraka.
  • Siapa mengerjakan solat fardhu pada bulan ini, dia mendapat ganjaran seperti 70 solat fardhu pada bulan lain.
  • Siapa yang memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah pada bulan ini, Allah memberatkan timbangannya pada hari akhirat.
  • Siapa yang membaca satu ayat pada bulan ramadhan ganjaranya sama dengan mangkhatamkan Al-Quran pada bulan-bulan lain.
  • Pintu syurga dibuka. mohon agar ia tidak pernah tertutup kepada kamu.
  • Pintu neraka ditutup , doakan moga ia akan terus tertutup.
  • Syaitan-syaitan dibelenggu, doakan mereka tidak akan menguasaimu..
  • Amalan paling utama pada bulan Ramadhan ialah menjadi diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah....^_^
    InsyaAllah...fi mustaqbal..^_^

    Wednesday 15 February 2012

    Kiasan dalam Dakwah Rasulullah saw

    Rasulullah saw sering menggunakan uslub yang bervariasi dalam menyampaikan satu-satu mesej dakwah kepada para sahabat dan umat Baginda. Antara uslub tersebut, ada yang mengguna unsur2 alam sebagai perumpamaan atau kiasaan.

     Berikut adalah sebagian contoh kiasan;

    **Orang yang berilmu.
      diumpamakan dengan air mata yang mengairi sesebuah negeri. Ummah pasti akan mendapat manfaat daripada    orang yang berilmu.

    **Orang yang berjudi.
    diibaratkan seperti berwudhuk dengan nanah dan darah babi lalu mengerjakan solat. Kemudian dia berangan-angan Allah akan menerima amalannya.

    **Orang yang solat tetapi tidak sempurna
    rukuk dan sujudnya diibaratkan seperti orang yang sedang lapar tetapi tidak makan kecuali hanya satu atau dua suap sahaja.

    **Perumpamaan Rasulullah dalam berdakwah.
    adalah seperti majikan  yang membina rumah dan membuat jamuan, kemudian mengutuskan seseorang penyeru untuk mengundang orang ramai untuk menghadiri jamuan di rumahnya.

    *majikan: Allah
    *Jamuan: syurga
    * Penyeru: Rasulullah saw

    **Orang munafik
    yang membaca Al-Quran ibarat rayhanah berbau harum tetapi rasanya pahit. Manakala orang munafik yang tidak membaca Al-Quran diibaratkan seperti buah hanzalah yang pahit rasanya dan tidak berbau wangi.

    **Solat lima waktu
    dikiaskan dengan seseorang yang mengalir di hadapan rumahnya sebatang sungai dan mandi 5 kali sehari hingga tiada lagi daki-daki melekat di badannya.

    **Orang mukmin yang saling mengasihi
    dan menyayangi kerana Allah ibarat satu tubuh . Apabila sakit satu bahagian , maka seluruh bahagian juga akan sama merasai sakit, seperti tidak bermaya , tidak dapat tidur dan sebagainya...;)                                                                                                                                 

    sekolahku,raudahtul jannah

     Mulaku kakiku menjejak di sebuah sekolah,
    owh...indah sungguh pemandangannya,
    menyentuh kalbu hatiku,menyejukkan mataku,
    ku bersyukur kepada Illahi ditempatkan di raudhatul jannah ini....

    Di sinilah bermula hatiku menerima ilmu-ilmu
    dengan lebih mendalam,
    di sinilah hatiku mula hampir kepada Kekasihku,
    menimba ilmu-ilmu agama dan duniawi,
    agar menjadi insan yang berguna pada agama,bangsa,masyarakat
    dan keluarga.....

    Bermula diriku mendalami suasana ukhwah
    antara sahabat-sahabat  perjuanganku,
    ku mempelajari erti perjuangan,persahabatan,dan persaudaraan,
    ku memperolehi memori bersama mereka,
    ada yang pahit seperti hempedu,ada yang manis seperti madu,
    membuka mindaku,menjadikan diriku semakin matang,
    sahabatku yang banyak membantu diriku berjuang di medan ilmu,
    semuanya bermula di satu sekolah ini...

    Madrasahku,
    ku bertuah dapat belajar di tempatmu,
    di sinilah bermula kisahku hidupku,
    di sinilah ku memperolehi pelbagai ilmu,
    akan ku mempratikan sehingga hujung hayatku,
    sekolahku...
    SMA ASSYAKIRIN,
    raudhatul jannah...........