Friday, 20 January 2012

Wasiat Hassan Al-Banna


  • Wasiat Hassan Al-Banna....;)

    Wasiat Hassan Al-Banna

    :)Apabila mendengar azan, bangunlah solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun

    :)Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku. Pergilah mendengar perkara-perkara yang baik amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

    :)Berusahalah sedaya upaya bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana iulah satu-satunya syiar agama islam.

    :)Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa faedah.

    :)Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sering berhubung dengan Allah selalunya tenang dan tenteram.

    :)Janganlah banyak bergurau kerana orang yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang perkara.

    :)Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh pendengar kerana yang demikian itu adalah sia-sia malah menyakiti hati pendengar yang lain.

    :)Jauhilah mengumpat peribadi-peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberi kebajikan .

    :)Berkenanlah dengan setiap saudara muslimin yang ditemui sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas seruan kita adalah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

    :)Kewajipan-kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu dan ringanlah tugasnya.

3 comments:

  1. amat bermanfaat...syukran ats peringtn ini...:)
    smoga kita menjadi muslimah solehah dunia & akhirat......Amin...

    ReplyDelete