Friday, 20 January 2012






InDahNyA BerZiKiR;)........

* Zikirullah adalah pintu cinta Illahi, dengan berzikir boleh melahirkan rasa cinta sejati kepada ALLAH yg mnjadi sumber kejayaan dan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

* Zikir mendatangkan hakikat muraqabah( mnjaga hati supaya ingat kepada ALLAH ) itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan ada martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada ALLAH dalam keadaan yg seolah2nya ia melihatNYA.

* Zikir membawa kepada pnyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada ALLAH. Dengan ini lama-kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan ALLAH menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir membawa seseorang mendekatkan diri kepada ALLAH. Jika zikirnya bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada ALLAH. Semakin lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah dari jauh dari ALLAH.

* Zikir dapat menjauhkan perasaan dukacita dan mengembirakan hati, memurah rezeki,menguatkan badan, menyeronokkn sanubari dan membuka pintu makrifat ALLAH.

* Dengan sibuk lidah berzikir , akan menyebabkan lidah lupa pada perkataan yang sia2,fitnah,dusta dan perkara haram.

* Zikir adalah penyelamat dari azab ALLAH , turunnya ketenangan, datangnya rahmat dan melimpahnya permohonan ampun yang datang dari malaikat.

* Ia adalah ibadat yang paling mudah, mulia dan utama zikir adalah taman syurga.

* DI dalam hati ada keperluan dan kekurangan yang tidak dapat dipenuhi kecuali dengan zikir, dan ada sifat keras yang tidak dapat dilenturkan dan dilembutkan kecuali dengan berzikir kepada ALLAH.

* Jika mengingati ALLAH saat senang dan susah maka ALLAH akan sentiasa mengingatinya sepanjang masa terutama ketika ajal menjelang. Semua disebut ALLAH dalam firmanNYA " Ingatlah kamu kepada-KU supaya AKU membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-KU dan janganlah kamu kufur..SURAH AL-BAQARAH; 152...( SUMBER AL-ISLAM JUN 2011)

3 comments:

  1. zikir dpt menenangkn aty yg keresahan...InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol....bila kita berzikir,..insyaAllah ALLAH akan ingat akan hambanya apabila dalam kesusahan

      Delete
  2. yup,seperti silibus hadis yg kita blajar d stam,,
    "Allah akan bersama ngn kita apa yg kita sangkakan,,dan selangkah kita memgingatiNYA sepantas kilat YA ROBB mengingati kita,,"hadis riwayat sahih muslim,

    ReplyDelete