Sunday 15 July 2012

Istiqomah Ciri Penting Remaja Muslim Berwawasan.

Istiqomah adalah sifat mulia yang diberikan darjat tinggi dalam islam. Sebagai remaja kita tahu bahawa alam remaja penuh dengan 1001 pesona yang menggoda dan onak duri yang memakan diri bila sekali terlalai. Oleh itu, dengan adanya istiqomah, kita mampu untuk menempis segala dugaan yang menguji keimanan supaya tetap berada di manhaj(kaedah) yang lurus menuju ke kehidupan yang diredhai Allah dan menemui kemanisan iman dan cinta dalam beribadat kepadaNYA....

Istiqomah ciri penting dalam membina jati diri remaja muslim yang berwawasan. Remaja berwawasan adalah remaja yang mempunyai hala tuju kehidupan . Bagi remaja muslim wawasan hiduplah bukanlah terhad kepada duniawi sahaja tetapi untuk alam akhirat. Disitulah kehidupan yang sebenar dan yang kekal abadi, sementelahan dunia adalah diibaratkan  ladang untuk kita menanam sebanyak-banyak benih amal supaya hasilnya dapat dikutip sebagai bekalan bertemu dengaNYA, Allah Rabbul Izzati, InsyaAllah...

Dari Abu Amr, ada juga yang mengatakan Abu Amrah suffyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata saya berkata " Wahai Rasulullah SAW, katakanlah kepada saya tentang islam sebuah perkataan yang saya tidak tanyakan kepada seseorangpun selainmu. Baginda bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah( istiqomah). ( Riwayat Muslim).


MEMUPUK SIFAT ISTIQOMAH:)

Istiqomah senang dilafazkan, tapi susah untuk dipraktikan atau dilaksanakan. Oleh itu, ada beberapa langkah yang boleh membantu kita untuk istiqomah, dipetik dari Syarah Hadith istiqomah oleh Syaikh Prof. Dr. Abdul Rozzaq Al-Badr:

1)  Doa. Doa adalah kunci segala kebaikan adalah senjata untuk memohon kepada Allah agar sentiasa beristiqomah dengan akidah yang benar hingga akhir hayat dunia. Firman Allah Taala dalam surah Al-Imran, ayat 8 yang bermaksud ; Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah Rahmat daripada sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.

2) Mujahadah. Iaitu berjuanglah bersungguh-sungguh untuk mengamalkan perintah Allah Taala dan menjauhilah segala laranganNYA. Remaja harus tabah dan istiqomah dalam mengharungi pelbagai ancaman ideologi yang cuba memesongkan  akidah dan amalan mengikut syariah.

3) Solat. Menurut Syaikh Abdul Rozzaq solat adalah wasilah atau jalan supaya tetap teguh( thabat) di atas jalan Allah. Ini kerana setiap kali solat, kita akam membaca Al-Fatihah sebagai salah satu rukun solat. Dalam bacaan Al- Fatihah, kita sebenarnya sedang berdoa untuk sentiasa istiqomah dijalan-Nya yang lurus.

4) Al- Quran.  Al-Quran haruslah dijadikan wirid harian sebagai pengubat jiwa dan rohani yang ketandusan . Ia bukanlah sekadar membaca tetapi perlu diiringi dengan kefahaman terhadap intipati yang hendak disampaikan ( Tadabbur) melalaui orang-orang soleh dan buku-buku agama yang benar.

5)  Menjauhi segala sumber fitnah iaitu tempat tersebarnya segala syawat seperti pusat hiburan, pusat judi dan sebagainya.

6) Akhir sekali, mengingati hari akhirat sebagai motivasi untuk remaja tetap istiqomah. Tiada yang lebih indah bagi seseorang muslim apabila akhir hidupnya dikurniakan Husnul Khatimah dan berbahagia di alam abadi. Gunalah usia muda ini, dengan kekuatan kurnian Tuhan  dari aspek intelek, idealisme, tenaga dan jiwa untuk membuat sebanyak-banyak amal kebajikan untuk hari kemudian...

Kesimpulannya, remaja berwasan adalah remaja yang tetap istiqomah dengan keimanan kepada Allah SWT. Sifat istiqomah ini perlu dibajai dengan doa, usaha, ikhtiar dan tawakal ( D.U.I.T).. semoga kita menjadi remaja mukmin yang sentiasa berwawasan selari dengan ajaran islam Insya Allah amin . Waallau'alam ...^_^....( keep smile ikwan wa akwat)







No comments:

Post a Comment